Dalam kehidupan fizikal dan kehidupan rohani kita sentiasa ada banyak cubaan dan halangan. Dulu apabila umat Israel menghadapi cubaan besar – padang gurun yang tidak ada air dan makanan serta tanah Kanaan yang didiami oleh gergasi, Yosua dan Kaleb menaruh harapan mereka kepada Tuhan sahaja. Seperti mereka, kita memerlukan iman untuk melihat pintu harapan yang telah dibuka oleh Tuhan bagi kita di tengah-tengah kesukaran.
Sama seperti melalui kebangkitan dan kenaikan Yesus, Tuhan membukakan pintu harapan Kerajaan Syurga untuk orang kudus Gereja awal yang berputus asa kerana penyaliban Yesus. Sama seperti Yesus menunjukkan Petrus yang tidak menangkap apa-apa sepanjang malam mukjizat apabila kita bertindak menurut firman-Nya. Hari ini juga, firman Kristus Ahnsahnghong, “Injil akan diberitakan di seluruh dunia,” pasti akan dipenuhi.
“Ya TUHAN, tunjukkanlah aku bila ajalku dan berapa lama aku akan hidup; supaya aku tahu betapa fananya aku. ... Sekarang, ya Tuhan, apa yang kunantikan? Harapanku tertumpu kepada-Mu.” Mazmur 39:4–7 [AVB]
“Tetapi orang yang bertahan sampai pada kesudahannya akan selamat. Dan Injil Kerajaan ini akan diberitakan di seluruh dunia menjadi kesaksian bagi semua bangsa, sesudah itu barulah tiba kesudahannya.” Matius 24:13–14
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi