Raja Asa dan Raja Yosafat mematuhi ketetapan dan hukum Tuhan dengan setia, memusnahkan semua berhala, serta mentadbir rakyat dan negara dengan iman bahawa segala-galanya akan berjalan dengan baik jika mereka ada Tuhan. Maka Tuhan mengurniakan negara itu keamanan serta berkat dan kemuliaan yang melimpah-ruah.
Melalui sejarah Alkitab, Tuhan telah menunjukkan cara bagaimana manusia boleh menerima berkat. Janganlah kita melakukan dosa seperti Raja Asa yang meminta bantuan daripada negara yang kuat dan tidak mencari Tuhan. Janganlah kita bersekutu dengan orang yang melakukan kejahatan seperti Raja Yosafat. Ini kerana Tuhan akan menarik balik berkat-Nya jika kita melupakan Tuhan dan bergantung pada situasi dan manusia di sekeliling.
Mereka berkumpul di Yerusalem pada bulan ketiga tahun kelima belas dari pemerintahan Asa. Pada hari itu mereka mempersembahkan kepada TUHAN tujuh ratus lembu sapi dan tujuh ribu kambing domba dari jarahan yang mereka bawa pulang. Mereka mengadakan perjanjian untuk mencari TUHAN, Tuhan nenek moyang mereka, dengan segenap hati dan jiwa. … Seluruh Yehuda bersukaria atas sumpah itu, karena dengan segenap hati mereka bersumpah setia dan dengan kehendak yang bulat mereka mencari TUHAN. TUHAN berkenan ditemui oleh mereka dan mengaruniakan keamanan kepada mereka di segala penjuru. 2 Tawarikh 15:10–15
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi