Kita dapat melihat kuasa firman Tuhan apabila Adam dan Hawa mati dengan makan buah pokok pengetahuan tentang yang baik dan yang jahat; penyamun di sebelah kanan yang disalib diselamatkan; dua orang buta itu disembuhkan; perempuan yang telah mengalami pendarahan selama dua belas tahun telah disembuhkan; dan melalui hakikat bahawa orang yang makan daging Yesus dan minum darah-Nya dengan ambil bahagian dalam roti dan air anggur Paskah akan menerima kurnia kehidupan kekal.
Pada Zaman Anak, hanya Yesus yang memberikan air kehidupan kepada orang yang datang kepada-Nya pada Hari Terakhir Perayaan Pondok Daun. Pada zaman Roh Kudus, orang yang datang kepada Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu yang datang sebagai Roh dan Pengantin Perempuan akan menerima air kehidupan iaitu Roh Kudus. Merekalah yang dapat menyelesaikan segala sesuatu melalui kuasa firman Tuhan.
Dan pada hari terakhir, yaitu pada puncak perayaan itu, Yesus berdiri dan berseru: “Barang siapa haus, baiklah ia datang kepada-Ku dan minum! Barang siapa percaya kepada-Ku, seperti yang dikatakan oleh Kitab Suci: Dari dalam hatinya akan mengalir aliran-aliran air hidup.” Inilah Roh yang Dia maksudkan, yang akan diterima kemudian oleh orang yang percaya kepada-Nya.
Yohanes 7:37–39
Roh dan pengantin perempuan itu berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang mendengarnya, hendaklah ia berkata: “Marilah!” Dan barangsiapa yang haus, hendaklah ia datang, dan barangsiapa yang mau, hendaklah ia mengambil air kehidupan dengan cuma-cuma!
Wahyu 22:17
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi