Dalam keluarga Abraham, Eliezer atau Ismael tidak menerima warisan.
Ishak iaitu anak bongsu menerima warisan melalui ibu bapanya yang merdeka.
Inilah ajaran Tuhan kepada manusia. Bahkan pada hari ini pun, apabila kita menjadi anak Bapa Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu melalui Perjanjian Baru, kita dapat menjadi imamat diraja di Syurga sebagai waris Tuhan.
Apabila Yesus berkata, “Engkau tidak mendapat bahagian dalam Aku,” Petrus berasa terkejut, kerana hanya orang yang mempunyai bahagian dalam Tuhan dapat diselamatkan dan memasuki Kerajaan Syurga.
Sebab itulah ahli-ahli Gereja Tuhan meletak sepenuh hati untuk memberitakan Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu kepada seluruh dunia, serta menyedarkan mereka bahawa hubungan antara Tuhan dengan manusia ialah hubungan Ibu Bapa dengan anak-anak.
Tetapi Yerusalem sorgawi adalah perempuan yang merdeka, dan ialah ibu kita.
Galatia 4:26
“Dan Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan demikianlah firman Tuhan, Yang Mahakuasa.”
2 Korintus 6:18
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi