Tuhan suruh Musa membina Khemah Suci untuk meyimpan Sepuluh Hukum yang kedua di dalamnya. Apabila umat menyedari dosa melanggar hukum pertama dalam Sepuluh Hukum, mereka bertaubat lalu membawa bahan-bahan Khemah Suci dengan rela hati. Inilah asal usul Perayaan Pondok Daun. Selepas itu, mereka membina pondok di pelataran Bait Suci atau di atas bumbung Bait Suci dengan pelbagai jenis dahan pokok.
Perayaan Pondok Daun ialah hari apabila Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu mengumpulkan semua umat Mereka. Manusia harus bersyukur kepada Tuhan yang telah mengampuni dan menyelamatkan mereka daripada dosa. Melalui Roh Kudus hujan akhir yang telah mereka terima, mereka harus cari semua ahli keluarga Syurgawi di seluruh dunia yang bagaikan bahan untuk membina Bait Suci Yerusalem Syurgawi.
Sebab itu beginilah firman TUHAN, Tuhan semesta alam: “Oleh karena mereka berkata seperti itu, maka beginilah akan terjadi kepada mereka: Sesungguhnya Aku akan membuat perkataan-perkataan-Ku menjadi api di dalam mulutmu, dan bangsa ini menjadi kayu bakar, maka api akan memakan habis mereka.”
Yeremia 5:14
Di dalam Dia tumbuh seluruh bangunan, rapi tersusun, menjadi bait Tuhan yang kudus, di dalam Tuhan. Di dalam Dia kamu juga turut dibangunkan menjadi tempat kediaman Tuhan, di dalam Roh.
Efesus 2:21–22
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi