Sama seperti orang kudus Gereja awal mempunyai harapan kebangkitan melalui kebangkitan Yesus Kristus dan tidak menakuti penderitaan, penganiayaan atau keadaan yang betapa buruk di dunia, begitu juga dengan orang kudus Gereja Tuhan. Mereka tidak hidup untuk apa yang kelihatan atau apa yang sementara, tetapi mereka hidup dengan harapan kebangkitan bahawa mereka akan hidup dalam badan rohani di dunia rohani.
Selepas Yesus bangkit, Dia tiba-tiba hilang semasa berbual-bual dengan murid-murid-Nya, muncul tiba-tiba di dalam bilik yang dikunci, dan menunjukkan kenaikan-Nya di depan mereka.
Ini menandakan bahawa kita juga akan menjadi seperti Yesus pada hari kebangkitan.
Ada benda di langit dan ada benda di bumi. Kemuliaan benda di langit berbeza dengan kemuliaan benda di bumi. … Jika ada tubuh jasmani, maka adalah juga tubuh rohani.
1 Korintus 15:40-44 [AVB]
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi