Apabila kita hidup dengan mematuhi hukum Tuhan, berkat yang melimpah ruah sentiasa tersedia bagi kita. Sebab itulah dalam perayaan-perayaan yang ditubuhkan oleh Tuhan sejak zaman Bapa seperti hari Sabat dan Paskah selalu ada perintah, “Jangan lupa, tetapi peringatinyalah untuk selama-lamanya.”
Alkitab berkata bahawa orang yang mematuhi hukum Tuhan pada setiap zaman akan diberkati sebagai orang benar, dan orang yang melanggar hukum Tuhan akan dihukum kerana pemberontakan. Umat Israel dibawa sebagai tawanan ke Babel, kerana mereka tidak mematuhi hukum Tuhan.
“dan tidak mendengarkan suara TUHAN, Tuhan kami, yang menyuruh kami hidup menurut hukum yang telah diberikan-Nya kepada kami dengan perantaraan para nabi, hamba-hamba-Nya. Segenap orang Israel telah melanggar hukum-Mu dan menyimpang karena tidak mendengarkan suara-Mu. Sebab itu telah dicurahkan ke atas kami kutuk dan sumpah, yang tertulis dalam kitab Taurat Musa, hamba Tuhan itu, sebab kami telah berbuat dosa terhadap Dia.” Daniel 9:10–11
“[H]idup menurut ketetapaan-Ku dan tetap mengikuti peraturan-Ku dengan berlaku setia — ialah orang benar, dan ia pasti hidup, demikianlah firman Tuhan TUHAN.” Yehezkiel 18:9
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi