Selepas Tuhan memandang ke laut dan menciptakan ikan, Tuhan biar ikan hanya bernafas di dalam air. Selepas Tuhan memandang ke tanah dan menciptakan pokok, Tuhan biar pokok hidup hanya apabila ia berakar di dalam tanah. Selepas Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu memandang satu sama lain dan menciptakan manusia, manusia boleh menerima berkat kebahagiaan dan kehidupan kekal yang dicari-carikan hanya apabila berada dalam Tuhan.
Apabila Simson dan Saul meninggalkan Tuhan, mereka menghadapi akibat yang sengsara dan menyakitkan. Apabila mereka hidup mentaati Tuhan, mereka berjaya dalam segala hal. Pada zaman ini juga, ahli-ahli Gereja Tuhan dapat sentiasa menjalani kehidupan yang menang, kerana mereka hidup dalam Kristus Ahnsahnghong dan Tuhan Ibu yang sudah datang sebagai Roh dan Pengantin Perempuan.
Berfirmanlah Tuhan: "Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita, …” Maka Tuhan menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Tuhan diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.
Kejadian 1:26-27
“Akulah pokok anggur dan kamulah ranting-rantingnya. Barangsiapa tinggal di dalam Aku dan Aku di dalam dia, ia berbuah banyak, sebab di luar Aku kamu tidak dapat berbuat apa-apa.”
Yohanes 15:5
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi