Dia yang berjalan di depan Raja Koresh dan mengalahkan semua musuhnya, Dia yang menyembuhkan penyakit kusta Naaman, Dia yang melindungi kerajaan Yehuda yang kecil dari serangan 185,000 orang askar Asyur dan tentera bersekutuan, dan Dia yang memberi tentera Yosua kemenangan dalam peperangan melawan orang Amalek ialah Tuhan kita yang memerintah segala sesuatu di dunia yang tidak kelihatan.
Rasul Paulus menyedari bahawa walaupun manusia menanam sesuatu yang hidup, menyiram dan menciptakan persekitaran supaya ia dapat bertumbuh, itu adalah sia-sia tanpa Tuhan yang memberi pertumbuhan.
Begitu juga, ahli-ahli Gereja Tuhan bergantung pada Tuhan yang sentiasa bersama dan membantu mereka.
Aku melayangkan mataku ke gunung-gunung; dari manakah akan datang pertolonganku? Pertolonganku ialah dari TUHAN, yang menjadikan langit dan bumi.
Mazmur 121:1-2
Jikalau bukan TUHAN yang membangun rumah, sia-sialah usaha orang yang membangunnya; jikalau bukan TUHAN yang mengawal kota, sia-sialah pengawal berjaga-jaga.
Mazmur 127:1
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi