Seratus dan dua puluh ribu orang Niniwe,
yang tidak tahu membezakan antara kanan daripada kiri, mendengar Yunus
apabila dia menginjil kepada mereka dalam kepatuhan kepada perintah Tuhan,
dan mereka semua bertaubat. Pada zaman ini juga, kita harus memberitakan
Paskah Perjanjian Baru, iaitu kebenaran keselamatan dan pengampunan dosa
kepada semua orang yang tidak memahami hukum Tuhan.
Seperti rumah-rumah yang meletakkan darah domba Paskah
pada pintu mereka telah diselamatkan daripada malapetaka pada zaman Musa,
orang yang mengambil bahagian dalam daging dan darah Yesus Kristus
melalui roti dan air anggur Paskah boleh menerima
meterai keselamatan pada masa Perjanjian Baru.
Kristus Ahnsahnghong membuktikan Paskah Perjanjian Baru.
Dialah Tuhan yang telah datang sekali lagi untuk mengampunkan dosa manusia
pada zaman terakhir, menurut ramalan-ramalan Alkitab.
“Sesungguhnya, akan datang waktunya, demikianlah firman TUHAN,
Aku akan mengadakan perjanjian baru dengan kaum Israel dan kaum Yehuda . . .
Aku akan mengampuni kesalahan mereka dan tidak lagi mengingat dosa mereka.” Yeremia 31:31-34
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi