Hari Pengampunan Dosa yang disambut setiap tahun di Gereja Tuhan hari ini bermula dari empat puluh tahun kehidupan umat Israel di padang gurun. Melalui Hari Pengampunan Dosa, Tuhan memberitahu semua manusia bagaimana pengampunan dosa dan keselamatan diberikan.
Musa naik ke Gunung Sinai, berpuasa selama empat puluh hari untuk menerima Sepuluh Hukum. Semasa itu, umat Israel menyembah anak lembu emas. Hari Pengampunan Dosa ialah hari apabila Tuhan mengampuni umat Israel yang menyembah anak lembu emas
dan memberi mereka Sepuluh Hukum buat kali kedua sebagai tanda bahawa Dia mengampuni dosa mereka.
Pada masa biasa, semua dosa umat disimpan di dalam tempat kudus selama setahun.
Pada Hari Pengampunan Dosa, dosa dipindah ke atas kambing jantan Azazel ketika imam besar meletakkan tangannya ke atas kepalanya lalu Azazel dihantar ke padang gurun.
Apabila Azazel mati, akhirnya semua dosa umat pun diampunkan.
Begitu juga, Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu yang merupakan realiti tempat kudus menanggung semua dosa dan penderitaan manusia. Pada Hari Pengampunan Dosa, Mereka menyerahkan semua dosa itu kepada Syaitan lalu Syaitan akan memasuki hukuman neraka.
Dan Iblis, yang menyesatkan mereka, dilemparkan ke dalam lautan api dan belerang, yaitu tempat binatang dan nabi palsu itu, dan mereka disiksa siang malam sampai selama-lamanya.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi