Apakah yang akan anda lakukan untuk menghilangkan stres?
Setiap orang mempunyai cara sendiri untuk menghilangkan stres.
Namun pada hari ini, saya ingin mencadangkan cara yang lain.
Itulah “telefonilah ibu anda”.
Fakulti Perubatan Universiti Stanford menjalankan sebuah kajian tentang bagaimana otak kanak-kanak yang berumur 7 hingga 12 tahun diaktifkan apabila mereka mendengar suara ibu.
Sesetengah rakaman ialah suara ibu mereka dan sesetengah ialah suara perempuan yang tidak dikenali.
Walaupun suara itu hanyalah lebih kurang daripada sesaat, mereka dapat mengenal pasti suara ibu mereka dengan 97% ketepatan.
Otak anak-anak lebih aktif ketika mereka mendengar suara ibu daripada suara perempuan lain. Anak-anak yang cepat mengenal pasti suara ibu mereka mempunyai kemahiran komunikasi sosial yang lebih baik.
Jika begitu, adakah itu hanya untuk badan fizikal?
Alkitab meramalkan Ibu rohani kita akan turun ke bumi ini dari Syurga.
“Marilah ke sini, aku akan menunjukkan kepadamu pengantin perempuan, mempelai Anak Domba.” Lalu, ... ia menunjukkan kepadaku kota yang kudus itu, Yerusalem, turun dari sorga, dari Tuhan.
Why 21:9-10
“... Yerusalem sorgawi adalah perempuan yang merdeka, dan ialah ibu kita.”
Gal 4:26
Alkitab memberitahu kita bahawa Ibu Syurgawi Sendiri sudah muncul di bumi ini dalam badan, supaya kita dapat mendengar suara-Nya. Ibu Syurgawi Sendiri datang ke bumi ini dan memanggil anak-anak. Kita dapat mendengar suara-Nya yang hebat dan pergi kepada Ibu Syurgawi serta diselamatkan.
Jika begitu, adakah bunyi, muzik atau suara yang lebih baik dan lebih bermanfaat untuk kita daripada mendengar suara Ibu Syurgawi?
Menurut bukti yang jelas, saya fikir bahawa anda sudah menemui jawapan itu.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi