COVID-19 melanda dunia dan menjejaskan persekitaran. Kedai kopi menyediakan bekas sekali pakai dan orang memesan makanan untuk penghantaran. Semuanya adalah untuk mencegah penyebaran virus, tetapi meningkatkan sisa plastik dengan cepat. Pelitup muka, peralatan perlindungan peribadi yang penting diperbuat dairpada polipropilena [PP], plastik yang kompleks.
ASEZ WAO berulang kali melakukan Projek No More GPGP (akronim Great Pacific Garbage Patch) untuk mengurangkan sisa plastik. Selama dua bulan, November dan Disember 2020, projek ini menarik penyertaan lebih daripada 3,200 ahli di dua belas negara dalam pembersihan plastik.
Ahli-ahli mengumpulkan melebihi 276,000 kepingan plastik (berat 12 tan) di banyak tempat di seluruh dunia seperti East Coast Park di Singapura, Blue Lagoon Beach di Afrika Selatan, dan Avondale Road di Christchurch, New Zealand pada hari cuti.
Mereka melaksanakan projek tersebut sambil mematuhi panduan kuarantin seperti memakai pelitup muka, membersihkan tangan, dan pemeriksaan suhu. Sisa plastik yang terkumpul diserahkan kepada syarikat kitar semula. Ahli-ahli di negara yang tidak dibenarkan untuk melakukan aktiviti luaran, menarik sokongan rakyat melalui kempen tandatangan di laman web.
“Biasanya saya tidak memperhatikannya, tetapi banyak sampah di jalan yang saya lalui. Saya fikir sukar untuk membersihkannya, tetapi kerana banyak orang mengutipnya bersama, ia menjadi bersih dengan cepat. Saya faham mengapa mereka berkata satu langkah sepuluh orang lebih penting daripada sepuluh langkah satu orang,” kata Lee Su-hyeon (ahli dari Seoul, Korea) yang menyertai dalam pembersihan jalan.
ASEZ WAO juga mengadakan seminar untuk memaklumkan bahaya sisa plastik di pejabat awam. Ahli-ahli di Daejeon, Korea, misalnya, mengunjungi pejabat bandar dan menekankan kerjasama erat antara syarikat, kerajaan, dan rakyat, kerana usaha gabungan mengenai pengeluaran, penggunaan, dan pembuangan sangat penting untuk mencegah pencemaran plastik. Ketua Pejabat bandar memberikan panduan kepada kawasan yang mengalami pencemaran sisa plastik dan menyediakan bekalan pembersihan.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi