Alkitab berkata bahawa akan ada banyak pemurnian
dan ujian sehingga kita memasuki Kerajaan Syurga.
Sesetengah orang melalui masalah kewangan,
sesetengah melalui hubungan dengan orang di
sekeliling, dan sesetengah melalui pengetahuan
yang tidak mereka miliki.
Alkitab berkata bahawa orang yang mengatasi
pemurnian itu lebih bernilai daripada emas,
dan mereka akan menerima pujian, kemuliaan
serta penghormatan daripada Tuhan di Syurga.
1 Petrus 1:7
Maksud semuanya itu ialah untuk membuktikan
kemurnian imanmu—yang jauh lebih tinggi nilainya
dari pada emas yang fana, yang diuji kemurniannya
dengan api—sehingga kamu memperoleh puji-pujian
dan kemuliaan dan kehormatan pada hari
Yesus Kristus menyatakan diri-Nya.
Seperti yang Yesus katakan 2,000 tahun dahulu,
“Pikullah salibmu dan ikutlah Aku,” orang kudus
Gereja awal memikul salib mereka dan dimurnikan
dalam iman, sentiasa bersukacita dan bersyukur
dalam segala hal. Ini kerana penderitaan yang kita
jalani di bumi ini tidak dapat dibandingkan dengan
kemuliaan yang akan kita terima di Syurga.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi