Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan percaya bukan hanya Tuhan Bapa tetapi juga Tuhan Ibu. Tuhan hanyalah Bapa. Tuhan adalah satu. Hanya ada Tuhan Bapa.
Jika fikiran mereka adalah betul, Alkitab seharusnya sentiasa menggambarkan Tuhan dalam bentuk tunggal. Walau bagaimanapun, anda dapat melihat bentuk jamak Tuhan dan Dia merujuk diri-Nya sebagai “Kita” di dalam Alkitab.
Berfirmanlah Tuhan: “Baiklah Kita menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Kita . . .”Kej 1:26
Readers Digest melaporkan seperti berikut: Misteri “Kita” di dalam buku Kejadian . . . Dia berfirman, “Baiklah Kita menjadikan manusia (Adam) menurut gambar dan rupa Kita” (Kejadian 1:26) . . . Bahagian ini telah lama menjadi teka-teki bagi pentafsir Alkitab.
Sekiranya Tuhan Pencipta yang menjadikan manusia hanyalah Tuhan Bapa, Dia seharusnya berfirman, “Baiklah Aku menjadikan manusia menurut gambar dan rupa Aku.”
Kalau begitu, mengapakah Tuhan merujuk diri-Nya sebagai “Kita”?
Roh Kudus Ahnsahnghong biar kita mengetahui rahsia Alkitab.
Tuhan menciptakan lelaki dan perempuan.
Adam dan Hawa diciptakan menurut gambar dan rupa Tuhan.
"Maka Tuhan menciptakan manusia itu menurut gambar-Nya, menurut gambar Tuhan diciptakan-Nya dia; laki-laki dan perempuan diciptakan-Nya mereka.”Kejadian 1:27
Ini bermaksud bahawa Tuhan wujud sebagai imej lelaki Adam dan imej perempuan Hawa.
Sebab itulah Tuhan merujuk diri-Nya sebagai “Kita.” Jadi, menurut ajaran Alkitab, kita harus mempercayai bukan hanya kepada Tuhan Bapa tetapi kepada Tuhan Ibu juga.
Kami berharap agar anda akan menerima Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu, iaitu Roh dan Pengantin Perempuan—Penyelamat pada Zaman Roh Kudus, dan menuju ke Kerajaan Syurga.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi