Gereja Tuhan yang ditubuhkan oleh Kristus Yang Datang Kali Kedua Ahnsahnghong, mempercayai Tuhan Bapa dan Tuhan Ibu.
Biasanya, orang memanggil Tuhan sebagai Bapa. Ini adalah kerana Yesus mengajar kita untuk memanggil Tuhan "Bapa kami yang di syurga" (Mat 6:9).
"Karena itu berdoalah demikian: Bapa kami yang di sorga . . ." Mat 6:9
Tetapi, adakah ajaran Yesus ini bermaksud bahawa hanya ada Tuhan Bapa?
Secara harfiah, bapa bermaksud lelaki yang mempunyai anak. Tanpa anak, tiada lelaki boleh dipanggil bapa.
Kalau begitu, apakah maksudnya bahawa Tuhan dipanggil Bapa? Itu bermaksud bahawa Tuhan mempunyai anak-anak.
“… Aku akan menerima kamu. Dan Aku akan menjadi Bapamu, dan kamu akan menjadi anak-anak-Ku laki-laki dan anak-anak-Ku perempuan demikianlah firman Tuhan, Yang Mahakuasa."2 Kor 6:17-18
Kita ialah anak-anak lelaki dan perempuan Tuhan—anak-anak Tuhan.
Kalau begitu, dapatkah bapa seorang melahirkan anak?
Sekiranya ada anak-anak, tentu ada ibu dan bapa mereka.
Gelaran "bapa" dapat wujud hanya apabila ada ibu.
Kalau begitu, gelaran Tuhan Bapa menunjukkan kewujudan siapa?
Tuhan Ibu!
Sebab itulah Alkitab membuktikan kewujudan Ibu Syurgawi.
Tetapi Yerusalem sorgawi adalah perempuan yang merdeka, dan ialah ibu kita.Gal 4:26
Ini bermaksud bahawa kita bukan hanya ada Tuhan Bapa tetapi juga Tuhan Ibu di Syurga.
Ahnsahnghong mendedahkan kewujudan Tuhan Ibu, iaitu rahsia Alkitab.
Oleh itu, kita mesti mempercayai bukan hanya Tuhan Bapa tetapi juga Tuhan Ibu seperti yang Alkitab ajarkan.
119 Bundang P.O.Box, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of KOREA
Tel 031-738-5999 Fax 031-738-5998
Ibu Pejabat: 50, Sunae-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
Gereja Utama: 35, Pangyoyeok-ro, Bundang-gu, Seongnam-si, Gyeonggi-do, Rep. of Korea
ⓒ Persatuan Misi Dunia Gereja Tuhan. Hak cipta terpelihara. Dasar Privasi